Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhemahan mewah di hutan belantara Amerika Utara

    SUTTON – Tersembunyi di sebalik kanopi hutan boreal di tenggara Kanada, terdapat 80 buah khemah yang dipenuhi dengan katil bulu, cadar katil sutera, lampu elektrik, peti sejuk kecil dan juga peralatan untuk makan.

    Di dalam sebuah khemah, Celine Bossanne menarik dua botol minuman dari almari rotan – menambahkan lagi seri kemewahan – “Ia adalah sentuhan Perancis,” tambah Bossanne, pengasas bersama Huttopia Group, sebuah syarikat Perancis yang telah mencipta trend ‘perkhemahan’ mewah di kawasan liar Kanada dan juga di Amerika Syarikat.

    Pakej mewah yang ditawarkan oleh Huttopia, dianggarkan berharga sekitar AS$140 untuk sehari di mana kemudahan seperti bilik mandi peribadi turut terdapat di dalam khemah tersebut.

    Tapak perkhemahan itu yang terletak kira-kira 90 minit perjalanan dari Montreal, telah terbukti menjadi terkenal disebabkan oleh pelancong yang meminati alam sekitar namun tidak mahu dibebani oleh pembinaan khemah dan sebagainya.

    Konsep ini membolehkan Huttopia semakin dikenali dan tersebar di seluruh Perancis sebelum ianya berkembang ke Amerika Utara, di mana syarikat itu telah meraih sekitar AS$81 juta pendapatan tahunan. Di wilayah Quebec, syarikat itu telah membina sekitar 500 buah khemah di taman wilayah sebelum melancarkan dan mengendalikan tapak perkhemahannya sendiri di Amerika Utara.

    Tapak perkhemahan yang terletak kira-kira 90 minit perjalanan dari Montreal terkenal disebabkan pelancong meminati alam sekitar. – AFP
    Sambil duduk di kawasan tapak perkhemahan mereka di Quebec, Howard dan keluarga melakukan rekreasi dengan penuh semangat. – AFP

    Menjelang tahun 2024, pasaran AS untuk penginapan perkhemahan mewah dijangka mencecah sekitar AS$1 bilion setahun, menurut firma penyelidikan pasaran Arizton. – AFP

    Setiap khemah dibuat mengikut spesifikasi Huttopia. Kesemua peralatan perkhemahan telah diimport dari Perancis. Kehebatan Huttopia ini boleh dirasakan oleh kesemua penghuni perkhemahan dan banyak lagi.

    Bossanne dan suaminya, Phillippe memulakan Huttopia pada tahun 1999 sebagai salah satu cara untuk menentang populariti ‘motorhomes’ yang semakin meningkat sekali gus memberikan kesan kepada alam sekitar.

    Dua dekad kemudian, syarikat itu telah mengendalikan 15 buah tapak perkhemahan di Perancis. Pada tahun 2015, Huttopia terus berkembang ke luar negara, membuka tapak pertamanya di sebuah bandar yang berdekatan dengan Sutton di Quebec.

    Tawaran-tawaran menarik

    Dengan perkembangan sekitar 15 peratus setiap tahun, Glamping terus berleluasa di seluruh Kanada dan Amerika Syarikat serta menawarkan pelbagai kemudahan seperti sewa perkhemahan dan teepees untuk menikmati suasana semula jadi yang indah.

    Menjelang tahun 2024, pasaran AS untuk penginapan perkhemahan mewah dijangka mencecah sekitar AS$1 bilion setahun, menurut firma penyelidikan pasaran Arizton.

    Pada tahun 2017, rakyat Amerika telah menghabiskan sejumlah AS$167 bilion hanya untuk kelengkapan perkhemahan seperti beg tidur dan pembelian kenderaan RV. Huttopia berkembang sejak tahun lalu sehingga ke Belanda dan wilayah AS, New Hampshire serta Maine.

    Sambil duduk di kawasan tapak perkhemahan mereka di Quebec, Howard dan keluarga melakukan rekreasi dengan penuh semangat.

    “Sebelum adanya anak-anak, lazimnya, kami akan memasang sendiri khemah di dalam hutan namun sekarang, ia lebih mudah kerana khemah sudah siap dan tersedia untuk kami,” kata Ben Howard bersama isterinya, Stephanie dan dua orang anaknya.

    Kejayaan Huttopia telah menarik minat suku kaum asli Kanada yang ingin menawarkan ekopelancongan di tanah-tanah mereka di utara Quebec.

    Suku asli Cree turut mencadangkan syarikat itu untuk membina 50 buah khemah tradisional, teepees untuk orang ramai sekali gus merasakan sendiri keunikan suku asli tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda