Friday, March 14, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhemahan, percutian menarik di Sepanyol yang mengagumkan

    BARCELONA, Sepanyol – Bercuti semasa musim panas dan pelancongan di Sepanyol tidak semestinya berasak-asak di tempat tarikan utama atau berada di hotel-hotel mewah. Simpan duit anda itu dengan menyewa sebuah ‘kenderaan rumah’ atau RV (biasanya disebut dengan van perkhemahan atau caravan di Eropah) dan merasai sendiri suasana indah Pantai Mediterranean di Sepanyol melalui kawasan bandar tepi pantai, runtuhan-runtuhan purba, kebun-kebun buah dan padang rumput yang sangat luas.

    Van Perkhemahan 101

    Sebelum memasuki pedalaman Kerouac, jika anda warga Amerika, anda perlu mendapatkan Permit Pemanduan Antarabangsa dari AAA, http://www.aaa.com/vacation/idpf.html, atau American Automobile Touring Alliance (AATA) Http://aataidp.com/. Ia dikeluarkan secara peribadi atau melalui pos dan sah selama setahun.

    Untuk laluan tepi pantai, anda boleh memilih autopistas, jalan tol yang ditandakan dengan huruf AP, atau lebuh raya percuma, secara umumnya dipanggil autovias, ditandakan dengan huruf A. Anda boleh membayar tol jalan di sana melalui kad kredit atau wang tunai.

    Bukan kenderaan keluarga biasa

    Anda mungkin masih ingat dengan van vintaj keluarga bersaiz mega, tetapi bagi pelawat yang sentiasa merantau mengetahui bahawa kenderaan jenis rumah ini kini semakin mengecil, dengan pakej yang lebih menarik dan mempunyai kemudahan-kemudahan yang diinginkan. Menggunakan pelbagai ciri-ciri dalam van tersebut adalah mudah, namun anda perlu tahu bagaimana untuk memandu transmisi manual. Jangan memandu ke pusat bandar, yang biasanya mempunyai jalan yang sempit, berliku, dan mengalami kesesakan lalulintas. Letakkan kereta anda jauh dari kawasan tersebut dan mengambil pengangkutan metro.

    Suasana pemandangan Granada, Sepanyol. – AP
    Suasana pemandangan Granada, Sepanyol. – AP
    Suasana di Alhambra dan pemandangan Granada, Sepanyol. – AP
    Suasana di Alhambra dan pemandangan Granada, Sepanyol. – AP
    Di luar kawasan Casa Milà, salah sebuah bangunan yang dibina oleh Antoni Gaudí, di Barcelona, ??Sepanyol. – AP
    Di luar kawasan Casa Milà, salah sebuah bangunan yang dibina oleh Antoni Gaudí, di Barcelona, ??Sepanyol. – AP

    Barcelona’s Orson Rent, ??http://en.orsonrent.com/, menawarkan per-khidmatan ambil dan pulang daripada lapangan terbang. Jika pekhemah mempunyai dua hingga lima orang ahli, kenderaan tersebut yang mempunyai bilik mandi, pancuran mandian, peti sejuk, peralatan memasak dapur, dua katil double. Ia juga menyediakan basikal atau gril barbeku. Sewaan bermula dengan 175 euro sehari pada musim panas waktu puncak, 130 euro bagi bulan September dan 110 euro pada hari lainnya. Tambahan bajet 35-50 euro semalam bagi tapak perkhemahan semasa waktu puncak. Kemudahan seperti Wi-Fi dan elektrik juga termasuk dalam tambahan harga. Di sebahagian tempat lainnya, kenderaan van boleh diletakkan secara semalaman di tempat awam, namun bagi kawasan-kawasan bandar, ianya tidak akan berto-lak ansur mengenai perkara itu semasa musim panas yang penuh sesak.

    Ketahui perbezaan antara sebuah karavan – dengan sebuah unit trailer menarik sebuah kereta di belakangnya – dan autocaravan.

    Rancang tempat perhentian anda

    Barcelona

    Apa yang perlu dilakukan: Pergi ke atas bumbung teres di Hotel Barcelo Raval bagi menyaksikan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan (dan percuma!), https://www.barcelo.com/en-us/hotels/spain/barcelona/barcelo-raval/ .

    Anda juga boleh menikmati sampel hidangan tempatan sambil menjelajah Barcelona dalam sidecar tapas tour, http://brightsidetours.com/.

    Jangan terlepas dengan hasil tangan ikonik Antoni Gaudi, termasuk Casa Batllo, Park Guell dan La Sagrada Familia. Dan menyaksikan Basilica yang sangat menakjubkan dengan menempah tiket lebih awal di http://www.sagradafamilia.org/en/.

    Di mana untuk berkhemah: CityStop, http://citystopbcn.com. Kesemua ini mengenai lokasi tempat letak kereta yang kosong di antara bangunan-bangunan pencakar langit yang padat. Perkhemahan semalaman adalah laluan paling cepat

    Bot-bot kecil untuk disewa berhampiran L’Hemisfèric di Bandar Seni dan Sains di Valencia, Sepanyol. – AP
    Bot-bot kecil untuk disewa berhampiran L’Hemisfèric di Bandar Seni dan Sains di Valencia, Sepanyol. – AP
    Gambar dari udara menunjukkan Mojacar Playa di pantai Andalusia di selatan Sepanyol. – AP
    Gambar dari udara menunjukkan Mojacar Playa di pantai Andalusia di selatan Sepanyol. – AP
    Gambar dari udara menunjukkan Camping Playa Tropicana dan pantai di Alcossebre, Sepanyol. – AP
    Gambar dari udara menunjukkan Camping Playa Tropicana dan pantai di Alcossebre, Sepanyol. – AP
    Para pelancong kelihatan berada di kawasan halaman di The Alhambra di Granada, Sepanyol. – AP
    Para pelancong kelihatan berada di kawasan halaman di The Alhambra di Granada, Sepanyol. – AP

    Pilihan lain, kira-kira 135 kilometer (83 batu) ke selatan, adalah Camping Cala d’Oques yang dikendalikan oleh keluarga, http://www.caladoques.com/. Tidur de-ngan suasana bunyi deruan ombak yang menenangkan di kawasan perkhemahan kecil di pantai di Tarragona.

    Peniscola

    Apa yang perlu dilakukan: Tinggalkan pantai yang penuh sesak pada musim panas dan penuh dengan pelancong ini dan cuba pergi menuju ke kastil Knights Templar yang mengagumkan, dengan suasana perairan biru yang jelas.

    Di mana untuk tinggal: The oceanfront Camping Playa Tropicana, http://www.campingplayatropicana.com/, di per-kampungan Alcossebre. Perkhemahan mewah ini menawarkan kolam renang dalaman dan luaran dan Jakuzi, bilik dobi, pasar raya, restoran, salon kecantikan, cuci kereta dan taman permainan. Ia juga mempunyai beberapa tangga dari sebuah pantai yang tenang dan restoran berbintang Michelin Can Roig, http://www.canroig.es.

    Valencia

    Apa yang perlu dilakukan: Cuba nikmati hidangan masakan masyarakat Valencia iaitu ‘paella’, tempat asal hidangan nasi klasik.

    Ketahui mengenai sejarah dan budaya Valencia menerusi jelajah seni jalanan yang berkembang pesat dan lawatan bandar-bandar lama, http://www.valenciaurbanadventures.com.

    Rasai snek tempatan di Horchateria El Collado dengan hidangan pastri manis yang dipanggil fartons dunked di horchata de chufa, satu hidangan manisan.

    Kemudian berjalanlah menyelusuri kaca futuristic dan susunan konkrit yang sangat kompleks dikenali sebagai Bandar Seni dan Sains, rumah kepada Principe Felipe Science Museum yang mengagumkan di Valencia, www.cac.es/en/museu-de-les-ciencies.html, dan akuarium terbesar Sepanyol, https://www.oceanografic.org/.

    CityStop, sebuah pusat meletakkan trak dan kenderan rumah perkhemahan di Barcelona, Sepanyol. – AP
    CityStop, sebuah pusat meletakkan trak dan kenderan rumah perkhemahan di Barcelona, Sepanyol. – AP
    Sebuah kenderaan rekreasi yang diletakkan di tepi pantai di Alcossebre, Sepanyol. – AP
    Sebuah kenderaan rekreasi yang diletakkan di tepi pantai di Alcossebre, Sepanyol. – AP
    Hidangan klasik Sepanyol, churros dan coklat, di Granja Dulcinea, di Barcelona, ??Sepanyol. – AP
    Hidangan klasik Sepanyol, churros dan coklat, di Granja Dulcinea, di Barcelona, ??Sepanyol. – AP

    Cartagena

    Apa yang perlu dilakukan: Bandar pelabuhan yang indah ini adalah rumah kepada tempat bersejarah termasuk teater Rom dan kubu ketenteraan, Bateria de Castillitos, yang menawarkan pemandangan Teluk Cartagena yang indah.

    Tempat tinggal: Camping Lo Monte, http://campinglomonte.com/, utara Car-tagena, berhampiran pantai di Alicante. Kawasan yang cantik ini menawarkan kolam renang, gim, restoran, spa dan aktiviti-aktiviti perkumpulan.

    Mojocar

    Apa yang perlu dilakukan: Terokai kedai-kedai dan kafe-kafe di jalan-jalan berliku di bandar lama Mojacar yang menawan, sebuah desa berbukit dihiasi dengan bangunan-bangunan berwarna putih. Atau menikmati hidangan minum petang sambil menyaksikan matahari terbenam Laut Mediterranean di Mojacar Playa, sebuah kawasan tepi pantai yang popular di bandar itu.

    Granada

    Apa yang perlu dilakukan: Kesemuanya mengenai Alhambra. Kompleks abad ke-sembilan ini merupaakan sebuah tapak yang dipelihara secara rapi bagi tapak Warisan Dunia UNESCO dan salah satu tarikan yang paling banyak dilawati di Sepanyol.

    Anda boleh melawatnya sepanjang hari dengan meneroka taman-taman yang indah, istana berjubin, taman-taman cantik dan kubu-kubu ketenteraan dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. Beli tiket dalam talian yang mana ia boleh terjual habis dalam seminggu lebih awal, https://www.alhambradegranada.org/.

    Selepas melawat seharian, cuba manjakan diri anda dengan pengalaman urutan dan mandian Arab di Hammam Al Andalus yang tenang, http://granada.hammamalandalus.com/en/.

    Tempat tinggal: Camping Las Lomas, http://www.campinglaslomas.com/en/, sebuah tempat pergunungan hutan di ti-mur Granada. Para pelawat atau pekhemah akan dapat menyaksikan pemandangan yang sangat menakjubkan iaitu lembah dan Canales Reservoir, serta kawasan golf mini, ping pong, kolam renang, sauna, restoran dan pasar raya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda