Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhemahan Tunas Taqwa labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Seramai 71 murid Tahun 3 hingga 6 telah menyertai Perkhemahan Tunas Taqwa 2025 yang berlangsung pada 13 hingga 14 November, dianjurkan oleh Sekolah Alif Sdn Bhd, Cawangan Rimba.
     
    Program bertemakan From Small Shoots to Strong Believers itu memberi penekanan kepada pembangunan akhlak, kerohanian serta kemahiran kerjasama melalui aktiviti perkhemahan dan pembelajaran lapangan.
     
    Perkhemahan dua hari satu malam tersebut menampilkan pelbagai aktiviti termasuk pembinaan khemah, kemahiran asas survival, treasure hunt, slot kerohanian, tazkirah dan qiyamullail.
     
    Peserta turut berpeluang menyertai Program Pejuang Fajar kali ke-17 di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Rimba. Selain itu, murid-murid juga mengikuti sesi Quranic Reflection, permainan air berkumpulan dan aktiviti refleksi diri sebagai penutup.
     
    Lebih 30 sukarelawan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Badan Sukarelawan Belia Daie dan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam turut terlibat membantu melancarkan perjalanan program termasuk dari aspek keselamatan, bimbingan moral dan sokongan kerohanian kepada para peserta.
     
    Perkhemahan tersebut dihasratkan menjadi platform berkesan dalam membentuk generasi berdisiplin, berakhlak mulia serta berdaya saing, sekali gus memupuk kecintaan terhadap ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
     
    Aktiviti pembelajaran lapangan yang dijalankan dalam program itu. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Suasana perkhemahan dalam program tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda