
Oleh Hajah Saemah Kepli
SERIA, 4 Okt – Sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunannya, Kelab Fikrah Usuluddin dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengendalikan Program Perkhemahan Ukhuwah Islamiyah di Masjid Pekan Seria, di sini.
Program yang diadakan dengan kerjasama ahli jawatankuasa takmir Masjid Pekan Seria itu merupakan aktiviti tahunan kelab, antara lain dalam usaha untuk memperkenalkan kolej berkenaan ke mata masyarakat selain memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar untuk berdepan dengan masyarakat serta menanai konsep Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan sikap tolong menolong ke arah kebajikan dan ketakwaan.
Diadakan selama tiga hari dua malam, program telah diisikan dengan beberapa aktiviti antaranya kuliah Maghrib dan ceramah yang berunsurkan kepada kemantapan akidah dan sahsiah seorang Muslim serta kepentingan dalam menjalin persaudaraan di dalam Islam.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn