
NEW DELHI, 2 Mei – AirAsia X akan memulakan penerbangan ke Amritsar, bandar di utara India, mulai 16 Ogos bagi memenuhi peningkatan trafik dan transit pelancongan yang ketara dari negeri Punjab.
Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu akan menyediakan empat penerbangan seminggu antara Kuala Lumpur dan Amritsar, masing-masing pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. (Klik di sini untuk cerita lanjut)