Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Perkhidmatan bas perlu penambahbaikan

    Perkhidmatan bas bagi laluan Tutong ke Bandar Seri Begawan (BSB) yang sepatutnya tiba setiap 30 hingga 45 minit kini mengalami kelewatan yang ketara, sehingga menimbulkan kesulitan kepada para penumpang yang bergantung kepada perkhidmatan ini untuk menuju ke tempat kerja.

    Bukan setakat itu sahaja, penumpang juga terpaksa menunggu hampir tiga jam untuk mendapatkan bas, menyebabkan ada yang terpaksa memaklumkan majikan mengenai kelewatan mereka disebabkan ketiadaan bas pada waktu yang dijadualkan.

    Jadual bas yang tidak teratur juga menjadi kebimbangan, di mana bas dari BSB ke Seria sering kali tidak berhenti di Stesen Bas Pekan Tutong pada waktu yang tetap.

    Ini menambah kekurangan dalam perkhidmatan pengangkutan awam yang sepatutnya memudahkan pergerakan penduduk.

    Selain itu, keadaan bas yang digunakan juga sudah kelihatan uzur sehingga menimbulkan keraguan tentang keselamatan dan keselesaan penumpang.

    GAMBAR SERAHAN DARUL AMNI

    Bunyi enjin yang bising, kerusi penumpang kotor dan tiada penghawa dingin turut menambah ketidakselesaan pada penumpang.

    Sepanjang perjalanan, bas juga dilihat berhenti di lokasi yang tidak selamat untuk menurunkan penumpang, tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain.

    Ketiadaan kawasan khas untuk penurunan penumpang menambah risiko kemalangan, terutamanya apabila bas berhenti di tempat yang tidak sesuai.

    Pada tahun 2024 ini, pihak-pihak tertentu seharusnya sudah mengambil inisiatif ketara untuk memperbaiki dan menaik taraf sistem pengangkutan awam negara, selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

    Walaupun majoriti penduduk mampu memiliki kenderaan sendiri, adalah penting untuk tidak mengabaikan kepentingan golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah, yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam seperti bas.

    Pihak berkuasa perlu segera bertindak untuk meningkatkan prasarana pengangkutan awam, memastikan ia selamat, kondusif dan mampu memenuhi keperluan harian rakyat, termasuk pekerja asing yang turut menggunakan perkhidmatan ini.

    Prasarana yang baik bukan sahaja penting untuk kesejahteraan rakyat, tetapi juga untuk menyokong perkembangan ekonomi dan sosial negara.

    Darul Amni

    Kata Kunci

    Popular

    ASEAN

    Bas terjunam ke sungai ragut 16 nyawa

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    Berita Berkaitan

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    NEW DELHI, 21 NOV - Reliance Industries India kelmarin...

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    WASHINGTON, 21 NOV – Seorang hakim persekutuan kelmarin memutuskan...

    Rangkaian penyeludupan artifak curi tumpas, 35 ditahan

    SOFIA, 21 NOV – Pihak penguatkuasa undang-undang di beberapa...

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    Bas terjunam ke sungai ragut 16 nyawa

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 21 NOV — Sebuah bas penumpang...

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    NEW DELHI, 21 NOV - Reliance Industries India kelmarin...

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    WASHINGTON, 21 NOV – Seorang hakim persekutuan kelmarin memutuskan...

    Rangkaian penyeludupan artifak curi tumpas, 35 ditahan

    SOFIA, 21 NOV – Pihak penguatkuasa undang-undang di beberapa...