Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhidmatan bas ulang-alik dikembang ke dua institusi

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Berikutan pelancaran pertama perkhidmatan bas ulang-alik UBDCorp pada 16 April tahun ini, sehubungan itu perkhidmatan berkenaan dikembangkan bagi dua buah institusi tambahan yang akan bermula secara rasmi pada 16 Julai nanti. 
     
    Baru-baru ini, jadual perkhidmatan bas ulang-alik berkenaan telah disampaikan ke Politeknik Brunei (PB) dan Kolej Sains Kesihatan JPMC (JCHS), baru-baru ini.
     
    Bagi mewakili JCHS, Pentadbiran dan juga selaku Pegawai Pentadbiran JCHS, Lee Mei Ee telah menerima jadual perkhidmatan bas berkenaan di majlis yang diadakan di UBDCorp, manakala Pembantu Teknik Bahagian Pengurusan Estet PB, Aslynno bin Galis mewakili bagi pihak institusi beliau. 
     
    Perkhidmatan bas ulang-alik itu akan mengambil dan menghantar pelajar di bangunan JCHS bagi kedua-dua dua institusi tersebut. Susunan dibuat untuk kemudahan pelajar dan telah dinasihatkan serta dibenarkan oleh Armada Properties Sdn Bhd.
     
    Lee Mei Ee menerima jadual perkhidmatan bas ulang-alik UBDCorp, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Aslynno menerima jadual perkhidmatan bas ulang-alik UBDCorp, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda