Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhidmatan berkhatan 6 hingga 13 Sept

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa perkhidmatan berkhatan bagi musim cuti persekolahan penggal kedua 2019 akan berjalan pada 6 hingga 13 September.

    Menurut kenyataan yang diberikan, pendaftaran akan bermula pada 3 hingga 5 September ini (pada waktu hari bekerja sahaja).

    Ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya membawa anak-anak mereka berserta kad Bru-HIMS semasa membuat pendaftaran bagi pemeriksaan kesihatan.

    Pendaftaran dan perkhidmatan berkhatan akan dijalankan di Wad 1, Aras Bawah Blok 1, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Untuk keterangan lanjut orang ramai bolehlah berhubung dengan pegawai-pegawai pengkhatan yang bertugas di Unit Berkhatan, Hospital RIPAS melalui talian 2242424 sambungan 6590 atau 6591 (waktu pejabat).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda