Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhidmatan berkhatan musim cuti sekolah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa perkhidmatan berkhatan bagi musim cuti persekolahan penggal pertama, tahun ini akan berjalan dari 12 hingga 22 Mac depan.

    Sehubungan itu, pendaftaran akan bermula pada 8 Mac ini hingga 10 Mac depan (pada waktu hari bekerja sahaja) di Wad 1, Aras Bawah Blok 1, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Kenyataan mengingatkan bahawa ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa anak-anak mereka berserta kad Bru-HIMS semasa membuat pendaftaran bagi pemeriksaan kesihatan dan hanya seorang penjaga sahaja yang dapat menemani anak yang berkhatan.

    Penjaga dan anak yang berkhatan perlu mengimbas kod QR BruHealth yang disediakan serta memakai penutup mulut dan hidung.

    Untuk keterangan lanjut orang ramai bolehlah berhubung dengan pegawai-pegawai pengkhatanan yang bertugas di Unit Berkhatan, Hospital RIPAS melalui talian 2242424 atau 2232111 sambungan 6590 atau 6591 (waktu pejabat) mulai 8 Mac.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda