Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhidmatan Google pulih selepas jejas jutaan pengguna

    ISTANBUL, 4 SEPT – Akses kepada perkhidmatan Google pulih hari ini selepas gangguan meluas menjejaskan jutaan pengguna di puluhan negara, dengan gangguan dilaporkan pada platform, termasuk YouTube, Gmail dan Maps, lapor Anadolu Ajansi.

    Menurut laman pengesan gangguan DownDetector, laporan gangguan meningkat secara mendadak sekitar 10 pagi waktu tempatan (0700GMT), apabila pengguna menghadapi kesukaran mengakses pelbagai perkhidmatan Google termasuk Chrome dan Google Translate. Gangguan itu berlarutan selama kira-kira sejam sebelum reda sekitar 0800GMT.

    Timbalan Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye, Omer Fatih Sayan mengesahkan gangguan itu dengan berkata ia menjejaskan Turkiye serta sebahagian besar Eropah.

    “Google, Android dan perkhidmatan berkaitan sedang mengalami gangguan yang merangkumi Turkiye dan Eropah,” kata Sayan. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 18 Februari 2019 menunjukkan logo Google dipaparkan pada tablet di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda