Perkhidmatan kaunter pembayaran TAP ditutup hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter pembayaran di semua cawangan TAP akan ditutup esok (30 Jun) bagi urusan penutupan akaun setengah tahun bank.

Bagi pertanyaan umum, kaunter perkhidmatan dan pertanyaan, kiosk e-Info TAP, perkhidmatan dalam talian e-Amanah dan Pusat Panggilan TAP akan terus beroperasi seperti biasa pada hari tersebut, tambah TAP dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan menambah, bagi ahli Skim Tabungan Perumahan (STP), pembayaran caruman bagi bulan Jun bolehlah dibuat melalui perbankan dalam talian selewat-lewatnya esok.
Perkhidmatan kaunter pembayaran di kesemua cawangan TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada 1 Julai.

Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP amat menghargai kerjasama yang diberikan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 atau 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel [email protected]