Monday, March 4, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan kereta api beroperasi semula di timur India

    NEW DELHI, 5 JUN – Perkhidmatan kereta api dua hala telah disambung semula di lokasi nahas di timur India, Odisha, yang mengorbankan 275 nyawa, menurut Kementerian Kereta Api persekutuan, kelmarin.

    Kereta api penumpang dilaporkan bertembung dengan kereta api barang di daerah Balasore, Odisha pada Jumaat petang, manakala sekitar 1,175 penumpang cedera.

    Mayat mangsa berjaya dikeluarkan selepas memotong kompartmen kereta api menggunakan pemotong dan jentera berat, lapor Xinhua.

    “Kerja-kerja pemulihan telah selesai dengan pemantauan berterusan oleh Menteri Kereta Api. Kereta api telah beroperasi semula di kedua-dua rel,” menurut Kereta Api India dalam satu kenyataan.

    Menteri Kereta Api, Ashwini Vaishnaw telah berkhemah di lokasi kemalangan sejak Sabtu, menyelia operasi penyelamatan dan pemulihan.

    Sementara itu, kerajaan persekutuan mengarahkan agensi penyiasatan utama negara, Central Bureau of Investigation (CBI) melakukan siasatan terhadap kemalangan itu. – Bernama

    Sebuah kereta api penumpang melalui tapak di mana dua kereta api penumpang tergelincir pada Jumaat di daerah Balasore, di negeri Orissa di timur India, 5 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pembukaan pangkalan strategik bantu pantau operasi

    NEW DELHI, 3 MAC – Tentera laut India berkata ia sedang mengukuhkan pasukan di pulau-pulau yang ‘penting dari segi strategik’ yang berhampiran Maldives, dengan...