Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhidmatan kereta api penting dalam pemulihan ekonomi

    BEIJING, 7 JUN – Jumlah kereta api kargo yang beroperasi antara China dengan negara-negara Eropah yang berlepas dari kawasan Delta Sungai Yangtze mencatatkan sebanyak 1,135 buah untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini.

    Menurut pengumuman syarikat kereta api Kumpulan Biro Shanghai China Railway, angka itu sekaligus menyaksikan pertambahan sebanyak 8.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Pada Mei, jumlah penghantaran kontena mencatat 23 ribu TEU iaitu meningkat 12.9 peratus berbanding bulan sama tahun lalu, sedangkan industri perkapalan dan pengangkutan udara mengalami impak pandemik COVID.

    Syarikat kereta api itu turut komited meningkatkan kecekapan pengangkutan dan kualiti pengoperasian kereta api China-Eropah untuk menjamin keselamatan serta kelancaran saluran pengangkutan kereta api antarabangsa.

    Bandar Yiwu di timur China dikenali sebagai pasar raya dunia. Sebanyak 12 laluan kereta api kargo telah dibuka, menyambungkan bandar itu dengan pelbagai negara termasuk Sepanyol, Rusia, Belarus, Latvia, Britain, Cezch, lima negara di Asia Tengah, Iran, dan Afghanistan sejak kereta api kargo China-Eropah mula beroperasi pada November 2014. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda