MOSCOW, 10 JUN – Perkhidmatan kereta api penumpang antara Pyongyang dan Moscow akan disambung semula pada 17 Jun ini, lapor Xinhua.
Laluan Pyongyang-Moscow, yang akan beroperasi dua kali sebulan, kini menjadi perkhidmatan kereta api antarabangsa terpanjang di dunia. Perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer itu mengambil masa kira-kira lapan hari untuk disempurnakan.
Selain itu, Kereta Api Rusia (Russian Railways) turut mengumumkan melalui saluran rasmi Telegramnya bahawa perkhidmatan kereta api penumpang antara Pyongyang dan Khabarovsk, Rusia dijadual disambung semula pada 19 Jun.
Perkhidmatan kereta api penumpang antara Korea Utara dan Rusia sebelum ini digantung pada Februari 2020 susulan pandemik COVID-19. – Bernama
