KUALA LUMPUR, 11 DIS – Perkhidmatan kewangan digital di Asia Tenggara dijangka akan menyumbang sebanyak lima peratus kepada jumlah hasil dalam sektor kewangan di rantau ini pada tahun semasa, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Timbalan Gabenor Jessica Chew Cheng Lian berkata bahagian itu dijangka akan naik lebih dua kali ganda kepada 11 peratus dalam tempoh lima tahun yang akan datang, dipacu melalui pinjaman digital, pelaburan, pengiriman wang serta produk insurans.
Katanya, di Malaysia, kajian mengenai permintaan terkini dalam keupayaan dan ketermanguan kewangan mencerminkan bahawa empat dalam sepuluh rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan perbankan Internet, berbanding hanya satu dalam 10 orang kira-kira tiga tahun lepas. – Bernama