Thursday, May 2, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan Kompany bersama Anderlecht berakhir

    BRUSSELS, 26 MEI – Bekas bintang Manchester City, Vincent Kompany telah berhenti dari menjadi ketua jurulatih Anderlecht, menurut kelab itu kelmarin, di tengah-tengah laporan persediaannya untuk kembali ke England sebagai pengurus Burnley.

    “Kelab dan jurulatih telah menganalisis prestasi musim lalu dan membincangkan rancangan untuk masa depan. Kedua-dua pihak telah memutuskan untuk berpisah dengan persetujuan bersama,” kata Anderlecht dalam satu kenyataan.

    “Keputusan ini diambil dengan penuh rasa hormat dan rasa terima kasih atas segala yang telah dicapai bersama,” tambah kenyataan tersebut.

    Kompany telah kembali ke kelab itu pada 2019 di mana dia memulakan kariernya untuk menjadi pengurus selepas sedekad menghadapkan fokus dalam rebutan trofi Liga Perdana Inggeris.

    Dia mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pada 2020 tetapi gagal memimpin Anderlecht untuk memenangi trofi walaupun berjaya mara ke final Piala Belgium dan layak ke play-off kejuaraan dalam liga musim ini.

    “Hari ini hanya satu perasaan yang wujud: Saya berbangga kerana saya dapat memulakan lembaran baharu ini di kelab hati saya. Saya kini telah menjadi pemain dan jurulatih RSC Anderlecht, dan paling penting, saya kekal sebagai peminat setia kelab ini,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pengumuman pemergian Kompany dibuat di tengah-tengah laporan akhbar Britain bahawa dia akan mengambil alih Burnley selepas kelab itu tersingkir daripada Liga Perdana.

    The Guardian melaporkan kelab tersebut hampir menamakan Kompany sebagai pengurus pasukan disebabkan usaha mereka untuk mendapatkan khidmat beliau pada musim panas sebelum melancarkan bidaan untuk kembali ke liga utama Inggeris. – AFP

    Vincent Kompany akan meninggalkan kelab Anderlecht. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...