Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhidmatan mudah alih di gantung, sempadan ditutup di Pakistan

    ISLAMABAD, 8 FEB – Pihak berkuasa Pakistan hari ini menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Kementerian Dalam Negeri mengumumkan perkhidmatan telefon bimbit di seluruh negara digantung buat sementara waktu, beberapa minit sebelum pusat pengundian bagi pilihan raya dibuka.

    “Keputusan itu dibuat demi memastikan keselamatan pengundi,” menurut kenyataan kementerian itu.

    Kira-kira 26 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera dalam insiden pengeboman membabitkan pejabat calon tempatan di wilayah barat daya Balochistan.

    Pihak berkuasa turut mengarahkan agar sempadan negara dengan Afghanistan dan Iran ditutup selama sehari, kata jurucakap Kementerian Luar, Mumtaz Baloch.

    Menurut suruhanjaya pilihan raya, lebih separuh daripada 90,000 pusat mengundi terdedah kepada keganasan.

    Kementerian Dalam Negeri memaklumkan sekitar 600,000 anggota keselamatan ditempatkan di pusat-pusat pengundian.

    Sebelum ini, pengganas bertindak menggunakan telefon bimbit untuk meletupkan peranti letupan yang ditanam. – Bernama

    Seorang anggota tentera Pakistan berkawal di luar pusat mengundi semasa pilihan raya kebangsaan Pakistan di Peshawar pada 8 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda