Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Perkhidmatan pelanggan makanan segera perlu cekap

    Semasa berjalan-jalan di persekitaran kedai komersial, saya sempat singgah di sebuah kedai di kawasan Lambak yang menyediakan makanan segera untuk menggalas perut.

    Sebaik sahaja memasuki tempat tersebut, saya berasa lega kerana pada waktu itu tidak ramai yang berkunjung ke sana.

    Saya menyangka itu merupakan hari bertuah kerana jarang sekali mendapat kesempatan sedemikian.

    Ini kerana kebiasaannya tempat makan itu sering dipenuhi oleh pelanggan setianya yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan perkhidmatan makanan segera yang mereka sediakan.

    Memandangkan hanya seorang pelanggan sahaja yang ada, saya menganggap ia tidak akan mengambil masa yang lama.

    Gambar Envato

    Namun tekaan saya meleset, saya berulang kali melihat jam dan terpaksa menanti hampir setengah jam menunggu giliran saya walaupun hanya kami berdua sahaja ketika itu.

    Apa yang menghairankan hanya terdapat seorang sahaja pekerja yang berada di hadapan kaunter.

    Dia perlu melayan pelanggan untuk mengambil pesanan dan pada waktu yang sama menyediakannya.

    Bayangkan jika seorang pelanggan membuat pesanan yang banyak mungkin akan mengambil masa yang lama untuk menunggu giliran tiba.

    Kekecewaan saya bertambah setelah pekerja kaunter itu bersuara untuk meminta bantuan, tetapi kelihatan keluar beberapa kakitangan yang lain secara bersahaja dengan gelak-tawa dari sebuah bilik berhampiran dengan dapur. Mereka seolah-olah tidak menyedari pelanggan yang menunggu untuk diberi layanan.

    Terdapat masa dan tempat untuk bersosial dan pastinya bukan semasa bertugas terutama apabila berhadapan dengan pelanggan. Ia boleh sahaja dilakukan apabila terdapat ruang waktu atau di luar waktu bekerja.

    Justeru, profesionalisme wajib ada terutamanya berkaitan perkhidmatan pelanggan.

    Kecekapan dan budi bahasa turut membantu dalam membentuk pengalaman kerja yang positif.

    Kepuasan pelanggan bukan sahaja bergantung pada perkhidmatan yang mereka sediakan bahkan juga berkaitan etika dalam menghormati masa orang ramai.

    zeeQ

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...