Thursday, December 5, 2024
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhidmatan pengekodan penjenayah berjaya dipintas

    THE HAGUE, 4 DIS – Polis Belanda dan Perancis kelmarin berjaya memintas perkhidmatan pengekodan rahsia yang digunakan oleh kumpulan penjenayah, termasuk alat komunikasi haram sebelumnya yang telah dibongkar oleh penguatkuasaan undang-undang, kata agensi kehakiman Kesatuan Eropah (EU).

    ‘Dibuat untuk penjenayah oleh penjenayah,’ polis berjaya membaca mesej yang dihantar pada perkhidmatan sembang MATRIX tiga bulan lepas, kata Eurojust dalam satu kenyataan.

    Kejayaan terbaharu polis dalam merungkai mesej jenayah adalah pada 2020 dan 2021, apabila mereka memecahkan rangkaian Encrochat dan SkyECC, membolehkan mereka membaca berjuta-juta mesej oleh penjenayah yang disyaki.

    “Infrastruktur platform ini secara teknikalnya lebih kompleks daripada platform sebelumnya seperti SkyECC dan Encrochat,” kata Eurojust.

    “Pengasasnya yakin bahawa perkhidmatan itu lebih baik dan selamat daripada aplikasi sebelumnya yang digunakan oleh penjenayah,” kata agensi yang berpangkalan di Hague itu.

    Sebagai contoh, pengguna hanya boleh menyertai melalui jemputan. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda