Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhidmatan pergigian musim cuti sekolah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Perkhidmatan Pergigian akan membukakan perkhidmatan pergigian bagi pesakit kanak-kanak semasa cuti persekolahan penggal II 2017.

    Perkhidmatan berkenaan akan dibuka dari 4 hingga 9 September (kecuali Jumaat dan Ahad serta kelepasan awam) di Tingkat 1, Blok A, Pusat Pergigian Negara, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya turut menyatakan bahawa pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di klinik-klinik pergigian mengikut tadahan yang ditetapkan melalui sistem perjanjian.

    Orang ramai boleh menghubungi klinik-klinik pergigian yang berdekatan mengikut tadahan masing-masing untuk membuat perjanjian. Orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda