Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhidmatan pergigian semasa cuti persekolahan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Perkhidmatan Pergigian bagi Pesakit Kanak-kanak semasa cuti persekolahan penggal pertama bermula pada 16 sehingga 30 Mac (kecuali hari Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan am) pada jam 7:45 hingga 10 pagi dan 1:30 hingga 3 petang.

    Kementerian Kesihatan memaklumkan dalam kenyataannya hari ini bahawa pesakit boleh mendaftar di Tingkat 1, Blok A, Pusat Pergigian Negara, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

    Pendaftaran ditutup pada masa yang dinyatakan untuk membolehkan perawat memberi rawatan pergigian kepada para pesakit yang masih menunggu dipanggil, mengemaskinikan catatan rekod rawatan ke dalam sistem Bru-HIMS dan pensterilan kerusi pergigian serta alat perkakas pergigian.

    Bagi pesakit yang memerlukan rawatan lanjut dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di klinik-klinik pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda