Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhidmatan Threat Matrix lindungi pemain tenis

    LONDON, 21 DIS – Satu perkhidmatan pemantauan baharu akan membantu melindungi pemain tenis daripada penyalahgunaan dan ancaman dalam talian, kata Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dan badan induk lain kelmarin.

    Dalam pengumuman bersama mereka, ITF, Persatuan Tenis Amerika Syarikat, Kelab All England dan Jelajah WTA wanita berkata perkhidmatan Threat Matrix akan beroperasi dalam 35 bahasa apabila ia dilancarkan pada 1 Januari.

    Menurut kenyataan dari persekutuan itu, pemain tenis terdedah kepada tahap penyalahgunaan media sosial dan hubungan dalam talian lain yang tidak wajar, yang menimbulkan risiko kepada persediaan, prestasi dan kesihatan mental.

    Perkhidmatan tersebut akan menyokong pengenalpastian orang yang melakukan gangguan, yang mana tindakan akan diambil ke atas mereka itu.

    Threat Matrix merupakan perkhidmatan pakar yang dibangunkan oleh syarikat AI Signify Group.

    Perkhidmatan baharu itu akan memantau media sosial awam pemain sekiranya terdapat kandungan berbaur penganiayaan dan ancaman di X (sebelumnya Twitter, Instagram, YouTube, Facebook dan TikTok.

    Presiden ITF, David Haggerty berkata tenis seharusnya menjadi sukan di mana pemain boleh bersaing pada tahap prestasi terbaik mereka, bebas daripada sebarang bentuk gangguan.

    Jelajah ATP lelaki dan penganjur kejohanan Terbuka Australia dan Terbuka Perancis dikecualikan daripada pengumuman kelmarin. – AP

    Penonton berteduh di bawah payung daripada cahaya matahari di Gelanggang 10 pada hari kelima kejohanan tenis Wimbledon di London pada 7 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda