Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkongsian bermanfaat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Persidangan Antarabangsa mengenai Perniagaan, Ekonomi dan Kewangan (ICBEF) ke-2 yang berlangsung selama dua hari di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah berakhir semalam.

    Hari kedua dan terakhir persidangan yang dihoskan School of Business and Economics, UBD (UBDSBE) berkenaan mengetengahkan dua orang pembentang jemputan yang berkongsi pandangan mengenai tema persidangan iaitu New Technologies, Dynamic Business Environment, and Growth for Future.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Profesor Ekonomi dari Nanyang Technological University, Singapura, Profesor Euston Quah telah berkongsi pandangan mengenai China’s Belt and Road Initiative: Cost-Benefit Analysis and Meeting Environmental Obligations manakala itu, Profesor Ekonomi dari Istanbul Medeniyet University, Turki, Profesor Mehmet Huseyin Bilgin pula membincangkan mengenai Could Digitalization Solve SME’s Financing Problem?.

    Kenyataan menyatakan, salah satu tumpuan hari kedua persidangan berkenaan adalah perbincangan panel di mana lima orang pakar terkemuka tempatan dan antarabangsa berkongsi pandangan mereka mengenai Moving towards Industry 4.0: Opportunities and Challenges.

    Perbincangan berkenaan memberi peluang kepada para peserta untuk bertemu pakar-pakar tempatan dan antarabangsa, berkongsi pandangan dan wawasan mengenai peluang peluang-peluang dan amalan perniagaan dalam revolusi industri baharu (Industri 4.0).

    Dalam panel berkenaan, Profesor Ekonomi di Washington and Lee University, Amerika Syarikat, Profesor Art Goldsmith disertai Profesor Madya Kejuruteraan Sistem Tenaga dan Pengeluaran dari UBD, Dr Malik Nauman; Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Cellular SdnBhd, Devin Edward; Pengarah Global Strategy Group, KPMG, Singapura, DiptenduMitra dan Rakan KPMG Brunei, Haji Shazali bin Dato Haji Sulaiman yang juga profesor madya adjung di UBDSBE.

    Ahli-ahli panel berkenaan mengongsikan pengetahuan pakar mereka mengenai cabaran-cabaran dan peluang yang dibawakan oleh Industri 4.0, mengambil wawasan dan pengajaran dari tempat lain.

    Kenyataan menambah, acara dua hari itu juga diisi dengan pertandingan poster yang membolehkan pelajar-pelajar penyelidikan (Sarjana dan PhD) berkongsi idea-idea mereka

    bagi perbincangan intelektual antara peserta dan hadirin. Pelajar-pelajar penyelidikan berkenaan juga menerima maklum balas membina daripada pakar-pakar yang menghadiri persidangan tersebut.

    Persidangan berakhir dengan majlis penyampaian anugerah bagi kertas terbaik dalam tiga disiplin iaitu ekonomi, perniagaan dan kewangan.

    Anugerah Kertas Terbaik bagi Ekonomi diterima Lutfi Abdul Razak, Mansor H. Ibrahim dan Adam Ng, Anugerah Kertas Terbaik bagi Perniagaan diterima Desi Novianti, Yandra Arkeman, Mohammad Nabil Almunawar, Liesbetini Haditjaroko dan Andes Ismayana manakala itu, Jibril Ibrahim Yero, Nuhu Abubakar, Dr. Aisha Muhamoud Hamman dan Sani Saidu menerima Anugerah Kertas Terbaik bagi Kewangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda