Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) kelmarin mengadakan satu sesi perkongsian bagi mempertingkatkan kepentingan penjenamaan dan reka bentuk grafik dalam perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).
Perkongsian diberi namaSantai Bersama Fakhrul dan Auji Tentang Penjenamaan dan Rekaan Grafik itu berlangsung di Ibu Pejabat DPPMB di ibu negara. Perkongsian memberi tumpuan kepada kepentingan penjenamaan dan reka bentuk grafik secara lebih mendalam dan kenapa ia diperlukan dalam sebuah syarikat PMKS.
Ia turut dihadiri oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad dan ahli Jawatankuasa Eksekuif DPPMB yang lain. Perkongsian bertujuan memperkasakan para pemilik perniagaan PMKS dalam penjenamaan dan rekaan grafik.
