BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) menerusi institusi Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, institusi Pegawai Daerah, Penghulu dan Ketua Kampung diseru untuk menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 untuk memelihara dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan penduduk negara ini.
Seruan itu dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KHEDN dan Jabatan-jabatan di bawahnya serta penyampaian sijil persaraan bagi pegawai serta kakitangan KHEDN bagi 2019 di Dewan Muhibah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Berakas, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)