Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkukuh kefahaman Rukun Iman

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Seramai 150 peserta terdiri daripada belia, pelajar institusi pengajian tinggi dan masyarakat umum menghadiri Forum Unshakable Faith: Holding Firm to the Pillars of Islam yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin.

    Forum anjuran Kumpulan Syababurroja, Belia Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah itu bertujuan memperkukuh kefahaman dan penghayatan terhadap rukun iman dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan generasi muda.

    Forum berkenaan menampilkan dua panel jemputan, iaitu Penolong Pensyarah Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Hilman bin Haji Salim, dan Penolong Profesor di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Hajah Ummi Fa’izah binti Haji Abdul Rahman. Forum berkenaan mengetengahkan pentingnya keyakinan terhadap Rukun Iman sebagai tunjang akidah seorang Muslim.

    Antara inti pati perbincangan termasuk cabaran semasa yang dihadapi oleh belia masa kini seperti pengaruh media sosial, tekanan persekitaran serta kekeliruan hala tuju hidup, yang menuntut kepada kekuatan iman dan kefahaman mendalam terhadap agama.

    Forum itu turut menjadi platform bagi peserta mendalami peranan Rukun Iman bukan sekadar sebagai ilmu, tetapi asas yang perlu diamalkan secara berterusan dalam kehidupan.

    Kumpulan Syababurroja dalam kenyataan memaklumkan bahawa forum tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka dalam memupuk kefahaman Islam yang lebih kukuh dalam kalangan belia.

    Panel menyampaikan pembentangan semasa forum yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    ATAS & BAWAH: Antara yang hadir pada forum berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda