Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkukuh kerjasama akademik

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS) telah menerima lawatan rombongan dari IBMT, Universiti Indonesia, baru-baru ini sebagai menandakan satu langkah penting ke arah memperkukuhkan kerjasama akademik dan meningkatkan peluang pendidikan antara kedua-dua institusi.

    Delegasi dari IBMT, terdiri daripada Presiden IBMT Universitas Indonesia, Profesor Dr Ilyas Indra; Pengarah Akademik Pariwisata Nusantara, Indonesia, Anita Yusuf Halim; Pengarah Akademik Pariwisata Nusantara Tasikmalaya, Wulan Sri Maulani dan Pengarah Perwakilan Akademik Pariwisata Nusantara, Indonesia, Tri Dyah Herlina.

    Turut menyertai dalam lawatan tersebut ialah Ketua Yayasan Informasi Teknologi Akademik Tunas Bangsa Indonesia, Hasan Amirin Damar Jati dan Mohd Zefri Ariff bin Mohammaed Zain Ariff yang mengiringi dari Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Ketibaan delegasi itu telah dialu-alukan oleh ketua pegawai eksekutif, pengurusan kanan, pensyarah, dan pelajar Kolej IGS.

    Lawatan itu bermula dengan taklimat yang memberikan tumpuan kepada visi, misi, dan pencapaian kolej. Kemudian, rombongan dibawa untuk melawat sekitar kolej untuk melihat lebih dekat lagi fakulti dan kemudahan yang ditawarkan oleh Kolej IGS.

    Delegasi dari IBMT semasa mengadakan lawatan sekitar kolej berkenaan. – GAMBAR SERAHAN IGS
    GAMBAR SERAHAN IGS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda