Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkukuh peranan Institusi Raja

    KUALA LUMPUR, 29 Jun – Peranan institusi raja perlu diperkasa seiring dengan perlembagaan, kata Felo dan Pensyarah Pusat Islam Fakulti Teologi, Universiti Oxford Datuk Dr Muhammad Afifi al-Akiti.

    Beliau berkata institusi raja memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran di negara ini dengan menjaga kedudukan Islam sebagai agama rasmi serta tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

    “Seeloknya institusi raja kita ini dapat mainkan peranan seperti yang termaktub dalam perlembagaan itu sendiri iaitu ketua-ketua agama Islam di negara ini menjaga kedudukan dan kesucian agama itu.

    “Kita nak kembalikan keseimbangan kuasa persekutuan dan negeri, kembalikan maruah raja-raja Melayu atau institusi Melayu dan tidak dipolitikkan mana-mana pihak.

    “Kita tak nak ada menteri yang terlalu berkuasa sehingga takut ada penyalahgunaan kuasa kerana bidang kuasa agama itu menurut perlembagaan negara kita terletak pada raja-raja Melayu. Jadi di sini kita perlu ada ‘check and balance’ (semak dan imbang)”, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di sini, hari ini.

    Sementara itu, mengulas mengenai keputusan kerajaan yang mahu mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), beliau berkata pentadbiran Islam perlu diseimbangkan kembali antara negeri dan persekutuan.

    Muhammad Afifi berkata peranan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang telah ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja pada Mac 1968 dahulu bertindak sebagai platform bagi urusan pentadbiran agama di peringkat persekutuan dan negeri.

    “MKI ini jika anda lihat sejarah, bila MKI ditubuhkan ia lebih kepada negeri. Kemudian Jakim pula ditubuhkan pada 1997 dan ia lebih ke arah persekutuan, jadi kita perlu mengimbanginya semula. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda