Khamis, November 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkukuh perkongsian kolaboratif dalam industri hiliran

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Hengyi Industries Sdn Bhd menandatangani tiga kontrak baharu dengan DHI Water & Environment (B) Sdn Bhd (DHI), Utamacon Management Services (B) Sdn Bhd dan HSC Consultants Sdn Bhd semasa Enterprise Growth Connect (EGC) 2025 yang berlangsung di The Empire Brunei, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hengyi, di sini, penandatanganan perjanjian itu menandakan satu lagi langkah penting bagi Hengyi Industries dalam memperkukuh keupayaan perniagaan tempatan dan memajukan perkongsian kolaboratif jangka panjang dalam industri hiliran Negara Brunei Darussalam.

    Menandatangani bagi pihak Hengyi ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi, Chen Lian Cai; bagi pihak DHI ialah Pakar Alam Sekitar Kanan, Lim Hui Fang; bagi HSC Consultants ialah Konsultan Utama, Pengiran Dr Hishamuddin Alli bin Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh; dan bagi Utamacon ialah Alexander Chin.

    Majlis penandatanganan berkenaan telah disaksikan oleh Ketua Jabatan Bekalan Bahan Hengyi, Ma Ziyu; Pakar Alam Sekitar Kanan DHI, Goh Thing Thing; Konsultan HSC, Hajah Normawati binti Dato Paduka Haji Othman; dan Humdhan Mohamed dari Utamacon.

    Setiap kontrak menyokong bidang pembangunan teknikal utama untuk operasi berterusan Hengyi.

    Perjanjian Environmental Impact Assessment (EIA) Service for the Dry Gas Enhancement Project dengan DHI merangkumi EIA untuk projek peningkatan kecekapan yang dicadangkan.

    Manakala perjanjian Power Department QP Framework Service dengan Utamacon mewujudkan Perkhidmatan Rangka Kerja Orang Berkelayakan (QP), yang membolehkan sokongan QP tepat pada masanya untuk pembangunan yang dirancang dan ad-hoc di seluruh tapak operasi Hengyi.

    Sementara itu, perjanjian Fixed Facilities Safety Case for the Hengyi Project dengan HSC Consultants menyediakan perkhidmatan perundingan selama tiga tahun untuk Kes Keselamatan Kemudahan Tetap, memperkukuh keselamatan operasi dan pematuhan peraturan yang berterusan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi dan Ketua Jabatan Bekalan Bahan Hengyi bergambar ramai bersama pihak DHI,HSC Consultants dan Utamacon. – GAMBAR SERAHAN HENGYI
    GAMBAR SERAHAN HENGYI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda