Saturday, December 28, 2024
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkukuh ukhuwah sempena Aidilfitri

    Oleh Syahmi hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM), baru-baru ini, menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-mahkamah Syariah, di ibu negara.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Turut hadir ialah hakim Mahkamah Rayuan Syariah, panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah, hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, pemangku ketua pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, hakim-hakim syarie, pemangku pengarah Jabatan Kehakiman Negara, pendaftar-pendaftar, dan pegawai dari Jabatan Kehakiman Negara serta seluruh warga Mahkamah Syariah.

    Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Awang Azmil bin Haji Haris, diikuti dengan ucapan daripada pengerusi majlis.

    Majlis kemudiannya diikuti dengan persembahan daripada warga Mahkamah-mahkamah Syariah dan seterusnya tayangan video ucapan Hari Raya daripada seluruh warga Mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negara serta beberapa aktiviti lain bagi memeriahkan majlis tersebut.

    Sambutan berkenaan merupakan acara yang diadakan setiap tahun bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan semangat ukhuwah seluruh warga Mahkamah-mahkamah Syariah.

    Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PEJABAT KETUA PENDAFTAR, MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda