Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Perkukuhkan jaringan akademik di alam Melayu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Untuk memperkukuhkan jaringan akademik dan penyelidikan serta peluang kerjasama, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Usuluddin telah bekerjasma dalam penganjuran Persidangan Antarabangsa Islam di Alam Melayu ke-11 (ICON IMAD XI) 2022 yang berlangsung di Hotel Grand Arsillia, Bandung Indonesia.

    Persidangan itu melibatkan penganjuran bersama empat buah institusi pengajian tinggi (IPT) di Asia Tenggara secara bergilir iaitu Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Malaysia;  Fakulti Usuluddin, UNISSA: University Prince Songkla, Thailand dan Pascasarjana UIN Sunan Gunung Djati (UIN SGD), Bandung, Indonesia selaku tuan rumah tahun ini.

    Persidangan yang mengangkat tema ‘Peradaban Melayu Mendepani Cabaran Global COVID-19’ itu menyaksikan pembentangan kertas kerja daripada tujuh wakil UNISSA iaitu Profesor Madya Dr Anis Malik Thoha, Dr Hajah Masuriyati binti Haji Yahya, Dr Ahmad Baha bin Haji Mokhtar, Dr Zakir bin Hussain, Dr Mariam binti Abdul Rahman dan Dr Hafini bin Mahmud.

    Di samping itu, pembentangan utama telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Usuluddin UNISSA, Dr Hajah Sri Rahayu @ Nurjanah binti Haji Dollah, dengan tajuk ‘Kedayatahanan Institusi Pengajian Islam Mendepani Era Global Endemik: Pra dan Pasca’.

    ICON IMAD kali ini mengumpulkan lebih 160 kertas kerja yang dibentangkan secara bersemuka dan dalam talian dengan penyertaan 20 buah IPT dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Negara Brunei Darussalam.

    Pada hari penutupan majlis, ICON IMAD 2022 turut menyaksikan penandatanganan memorandum persetujuan antara perwakilan pihak penganjur dari empat buah negara sebagai memperkukuh lagi usaha jalinan kerjasama yang sedia ada khususnya dalam pelaksanaan persidangan itu.

    Rombongan UNISSA turut mengadakan lawatan muhibah ke beberapa institusi termasuk Majlis Ulama Indonesia (MUI), Institute for Study of Islamic Thought and Civilization (INSISTS), Universitas Islam Bandung (UNISBA), Darut Tauhid (DT) Persatuan Islam (PERSIS) dan UIN Sunan Gunung Djati, Bandung.

    Tenaga akademik UNISSA yang menghadiri persidangan di Indonesia berkenaan. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...