Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Pemilik kereta model Toyota 86, AE86 dan Subaru BRZ di bawah Kumpulan Bru86xBRZ semalam, telah mengadakan perkumpulan yang diikuti dengan perjalanan konvoi bermula dari Tanjung Batu Muara di Daerah Brunei dan Muara ke Pantai Seri Kenangan di Daerah Tutong dan berakhir di Hotel V-Plaza, Kuala Belait.
Perkumpulan bersempena dengan Hari Toyota 86 yang di sambut di seluruh dunia setiap 6 Ogos itu melibatkan sebanyak 29 buah kereta.
Perkumpulan itu bukan sahaja untuk menyambut Hari Toyota 86 bahkan mengeratkan hubungan silaturahim sesama para pemilik kereta sambil berkongsi pengalaman dan aspek teknikal kereta.
Menjelaskan mengenai kumpulan berkenaan, Pengasas Bru86xBRZ, Awang Nasiruddin bin Haji Abdullah berkata, ia bermula pada Mac 2013, yang mana mereka menjumpai setiap seorang melalui media sosial dan membuat kumpulan berkenaan.
“Sebelum itu kami hanya lima orang dan sehingga kini menjadi 100 ahli,” ujarnya.
