Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkumpulan ramai, tanam sikap tanggungjawab

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Walaupun negara membenarkan perkumpulan di mana tidak ada lagi sekatan, namun orang ramai disarankan untuk tetap menanamkan sikap tanggungjawab dan membuat penilaian sendiri.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menekankan perkara berkenaan semasa memberi penjelasan mengenai bersalam-salaman semasa acara-acara keramaian yang dibolehkan, memandangkan negara sudah melonggarkan sekatan.

    Pada sidang media di Kementerian Kesihatan, Yang Berhormat Dato seterusnya menambah bahawa negara sudah menghadapi COVID selama dua tahun dan masing-masing sudah memainkan peranannya dan memahami bagaimana penyakit ini boleh berjangkit.

    Jika merasa yakin dan ragap hati untuk bersalam, lakukan, tapi disarankan untuk menggunakan sanitasi tangan selepas itu dan ini sama juga dengan memakai pelitup muka jika berada di luar dan ia juga tertakluk kepada keadaan orang sekeliling dan diri sendiri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda