Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Separuh jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah menghala Sungai Akar akan ditutup sementara mulai hari ini hingga 27 Januari depan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya hari ini, menjelaskan, penutupan dari pukul 10:30 malam hingga 6 pagi (tertakluk kepada cuaca) itu adalah bagi kerja-kerja pembaikan sebahagian jalan raya yang rosak. Penutupan tersebut melibatkan beberapa lokasi di lebuh raya berkenaan, selepas jejambat Kompleks Bangunan Kerajaan hingga jejambat Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas hala Sungai Akar.
Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.