Sunday, April 13, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlanggaran kapal ragut empat nyawa nelayan Vietnam

    HANOI, 9 APRIL – Empat nelayan Vietnam terbunuh dalam insiden perlanggaran dengan sebuah kapal kargo dari Panama di Teluk Tonkin kelmarin, menurut pihak berkuasa penyelamat.

    Kapal kargo Hosei Crown dari Panama telah menghubungi pihak berkuasa selepas ia melanggar sebuah bot nelayan Vietnam di luar pesisir bandar pelabuhan utara, Haiphong, menurut Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim Vietnam (MRCC).

    MRCC telah meminta kapal kargo berkenaan membantu mencari mangsa, sementara pasukan penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian.

    Empat mayat berjaya ditemui, manakala lapan lagi nelayan diselamatkan dan dibawa pulang ke daratan, menurut kenyataan MRCC.

    Kapal Hosei Crown ketika itu dalam perjalanan dari pelabuhan Chua Ve di Haiphong menuju ke Filipina sewaktu perlanggaran berlaku. “Kejadian berlaku ketika keadaan berkabus,” kata MRCC dalam satu kenyataan dalam talian.

    Siasatan untuk menentukan punca kemalangan sedang dijalankan, tambah kenyataan itu. – AFP

    Kapal kargo Panama berlabuh di sebuah terminal kargo antarabangsa yang terletak di bandar Hai Phong, Vietnam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda