Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlantikan Pan Gon dilihat sebagai pertaruhan

    KUALA LUMPUR, 24 JAN – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut tidak ketinggalan dalam trend pasukan negara di rantau Asia Tenggara yang menggunakan khidmat jurulatih dari Korea Selatan apabila melantik Kim Pan Gon sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan.

    Pemilihan Pan Gon yang merupakan Pengarah Pasukan Kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea (KFA) sejak 2018 itu ibarat satu pertaruhan berani, mengambil kira tempoh masa lama beliau ‘berehat’ daripada mengendalikan pasukan kebangsaan.

    Ketika ini pasukan Vietnam dan Indonesia turut menggunakan khidmat jurulatih dari Korea Selatan.

    Tidak seperti jurulatih asing yang pernah membimbing skuad negara sebelum ini, Pan Gon tidak mempunyai tempoh panjang sebagai ketua jurulatih di pentas antarabangsa, sebaliknya hanya pernah mengendalikan pasukan kebangsaan Hong Kong dari 2009 hingga 2010 dan 2012 hingga 2017. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda