Pasukan Badminton Wirajaya Papar, Sabah telah mengadakan perlawanan badminton dan futsal persahabatan dengan Pasukan Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) pada 2 Disember lalu di Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas, Kampung Bengkurong bagi mengeratkan persahabatan dan hubungan silaturahim antara kedua-dua pasukan.
Pasukan Wirajaya Papar diketuai oleh President Wirajaya Papar Sabah, Haji Awang Muslim bin Mohd Talib, dan Pasukan BVBC diketuai oleh Haji Mohd Alidin bin Haji Kura.
