Perlawanan beregu sukan tenis kembali diadakan

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Pusat–pusat sukan tenis di Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan kembali perlawanan beregu berikutan garis panduan yang telah dikemas kini ketika pelan de-escalation memasuki tahap ketiga.

Gelanggang Tenis kebangsaan di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah menerima sambutan yang menggalakkan dengan sekurang-kurangnya enam buah gelanggang telah ditempah pada sebelah petang termasuk satu perlawanan beregu.

Kira-kira 30 orang telah mendaftar untuk menempah satu perlawanan tenis di pusat tersebut kelmarin, berbanding sekitar 12 orang yang mendaftar pada 14 Jun lalu, selepas berita bahawa sukan tenis telah dikategorikan bagi perlawanan perseorangan diumumkan.

Dengan sukan beregu kini dibenarkan, ia telah meningkatkan lagi aktiviti sukan di negara ini.

Pusat tersebut turut menyediakan buku pendaftaran di pintu masuk, di mana penggemar sukan tenis dimestikan untuk membuat pendaftaran bagi mengesahkan kehadiran mereka sebelum menggunakan kemudahan di pusat tersebut.

Pusat-pusat sukan tenis kini dibenarkan untuk mengadakan perlawanan beregu ketika negara memasuki tahap ketiga pelan de-escalation.

Seperti yang diamalkan di mana-mana kawasan, individu-individu adalah dimestikan untuk mengimbas kod QR mereka melalui aplikasi BruHealth.

Di bawah tahap ketiga pelan de-escalation, kemudahan sukan luar adalah dibenarkan beroperasi pada kadar 90 peratus kapasiti bagi satu-satu masa, kadar yang meningkat berbanding 60 peratus dari sebelumnya pada tahap kedua dan 30 peratus pada fasa pertama.

Penggunaan kemudahan di pusat tersebut turut ditambah kepada dua jam sehari sementara bilik lokar dan tempat mandi kini mula dibukakan. Mengikut garis panduan yang ditetapkan, pemain-pemain tidak dibenarkan berkumpul sebelum atau selepas aktiviti di sekitar kemudahan sukan.

Sebagai tambahan, sukan skuasy turut dibenarkan selepas dihentikan berikutan penutupan kemudahan dan kompleks tersebut.

Sementara itu, atlet lawan pedang kini kembali memulakan latihan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah tanpa menggunakan pedang.

Dalam sukan bola sepak, jumlah kumpulan yang terhad semasa latihan telah disaksikan tanpa sentuhan fizikal dan menggunakan bola.

Aktiviti renang disambung semula di Kebangsaan Kolam Renang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah kelmarin ketika kemudahan sukan tersebut beroperasi bagi hari ketiga.

Di bawah garis panduan, kolam renang termasuk di bawah bidang kuasa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hanya akan dibuka pada setiap hari Selasa, Jumaat dan Ahad sahaja. Orang ramai juga diminta untuk mematuhi langkah penjarakan sosial semasa berada di dalam kemudahan tersebut.