Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim dan mengekalkan gaya hidup sihat, Unit Pengurusan Bandar, Bandar Seri Begawan buat julung kalinya menganjurkan perlawanan boling untuk kakitangan unit berkenaan, baru-baru ini.
Pertandingan yang diadakan di Golden Bowling Brunei, Airport Mall itu merupakan adalah salah satu daripada aktiviti tahunan unit berkenaan. Dalam pertandingan itu, tempat pertama berkumpulan dimenangi oleh Haji Kamarul bin Haji Mohammad dan Dayang Rosminah binti Haji Buang.
Turut hadir ialah Ketua Unit Pengurusan Bandar, Awang Ali Hussin bin Awang Besar.


