Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Mantan Setiausaha ketiga Brunei Darussalam ke Filipina telah mengadakan Perlawanan Boling, yang berlangsung di Utama Bowling, Batu Satu.
Perlawanan yang disertai oleh seramai 27 orang peserta itu bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara pegawai-pegawai Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan yang telah bersara. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah ialah Pengiran Dato Haji Idris bin Pengiran Temanggung Pengiran Haji Mohammad, yang juga merupakan bekas Duta Besar di negara-negara jiran.
Perlawanan berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dipimpin oleh Awang Haji Jafar bin Haji Ludin dan perlawanan pembukaan dimulakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.
Di akhir perlawanan, ‘High Game without Handicap’ dimenangi oleh Awang Haji Bolhasan bin Bagol, ‘High Game with Handicap’ pula dimenangi oleh Awang Abdul Wahab bin Haji Jumat, ‘High Series with Handicap’ dimenangi oleh Pengiran Osman dan ‘High Series with Handicap’ dimenangi oleh Haji Jaman.