Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan Boling PERBEKAL labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 08 OKT – Perlawanan boling anjuran Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) melabuh tirainya dengan majlis penyampaian hadiah yang berlangsung baru-baru ini di salah sebuah restoran di Kampung Sungai Akar.

    Antara objektif utama perlawanan tersebut adalah untuk mencungkil bakat pemain belia, mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan juga sempena memperingati Hari Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

    Hadir menyampaikan hadiah-hadiah berkenaan ialah Yang DiPertua PERBEKAL, Pengiran Hj Nordin bin Pengiran Hj Mahmud.

    Seramai 40 orang ahli mengambil bahagian dalam perlawanan berkenaan yang dibahagi kepada kategori kumpulan perseorangan dan kategori belia. Juara kumpulan telah menerima piala rebutan YDP di samping hadiah iringan dan wang tunai.

    Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat yang diketuai oleh Pengerusi Tetap, HJ Zakaria bin Hj Liman, dan seterusnya ucapan dari Pengerusi Majlis, Awang Sufian bin Hj Masri.

    Turut hadir ialah Pengerusi Berterusan, Pengiran Jofri bin Pengiran Hj Zaidi; Timbalan Yang Dipertua, Pengiran Mahari bin Pengiran Hj Tahir; Naib Yang DiPertua 1, Siti Seriana binti Hj Mohd Yusof dan Naib Yang Dipertua 2, Pengiran Abd Aziz bin Pengiran Hj Md Tahir.

     – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PERBEKAL

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda