Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan City, Everton ditunda

    LONDON, 29 DIS – Kunjungan Manchester City ke Everton bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris terpaksa ditunda kelmarin selepas beberapa kes positif koronavirus dilaporkan di kalangan skuad Pep Guardiola.

    City sudah mengumumkan pada Hari Krismas bahawa me-reka mencatatkan empat ujian positif dalam kelab iaitu Kyle Walker dan Gabriel Jesus di kalangan pemain dan dua orang kakitangan.

    “Berdasarkan saranan perubatan Liga Perdana Inggeris dalam perundingan dengan kedua-dua kelab, kami telah memutuskan untuk menunda perlawanan,” menurut City dalam satu kenyataan.

    “Selepas pusingan terkini ujian COVID-19, kelab mengesahkan beberapa kes positif, selain daripada empat orang yang dilaporkan semasa Hari Krismas.

    “Dengan keselamatan gelembung terdedah, timbulnya risiko bahawa virus mungkin merebak di kalangan skuad, kakitangan dan orang lain.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda