Seramai 17 orang peserta dalam kalangan warga di kawasan perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Telisai, Tutong telah menyertai perlawanan dart perseorangan tertutup yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 8 Julai lalu, bertempat di rumah Mohammad Shahrin bin Jumat.
Juara pada pertandingan akhir dimenangi oleh Saidi bin Rosdiman manakala tempat kedua disandang oleh Zaini bin Tunggal dan Mohammad Daniel Hamdani bin Abdullah meraih tempat ketiga yang mana penyampaian hadiah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Ketua Kampung Telisai, Mohd Sofian bin Haji Mohd Yussof.
