Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Perlawanan futsal erat persahabatan Brunei-Malaysia

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersempena dengan Ulang Tahun Penubuhan Hubungan Diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia ke-40 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Suruhanjaya Tinggi Malaysia, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, perlawanan futsal itu menyaksikan penyertaan tiga buah pasukan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Dalam perlawanan persahabatan itu, selain penyertaan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, pegawai-pegawai kanan kerajaan yang turut mengambil bahagian ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Haji Muhamad Fakhri bin Haji Mohd Taib; Setiausaha Tetap (Kesukanan) di KKBS, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; dan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

    Hadir untuk menyaksikan perlawanan futsal persahabatan berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Pasukan KKBS muncul sebagai juara dengan pasukan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri di tempat kedua dan pasukan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di tempat ketiga.

    Perlawanan futsal berkenaan merupakan sebahagian daripada diplomasi sukan Suruhanjaya Tinggi Malaysia bagi penglibatan dengan kerajaan Brunei menerusi sukan serta untuk memupuk hubungan yang lebih erat bersama pegawai-pegawai daripada kerajaan Brunei.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi dan TYT Dato’ Raja Reza bergambar ramai dengan para pemain dalam perlawanan futsal persahabatan itu. – GAMBAR SERAHAN SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA
    GAMBAR SERAHAN SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA
    Di antara aksi menarik semasa perlawanan futsal persahabatan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Peronda pertolongan cemas dilancar

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...