Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan golf tanam semangat muhibah

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Pemain golf Brunei Darussalam, Seruji bin Haji Setia melengkapkan permainan dengan sempurna selepas dinobatkan sebagai pemenang Kejohanan Golf Persahabatan Majlis Perniagaan Brunei BIMP-EAGA (BEBC) di Kelab Golf Pantai Mentiri di Kampung Mentiri hari ini.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Kejohanan yang diadakan bersempena dengan Konvensyen Perdagangan BIMP EAGA 2023 (BETCON 2023) itu menyaksikan pemain golf berpengalaman itu mencatatkan 72 pukulan untuk menewaskan lawan terdekatnya dengan enam pukulan ketika Moksin Junaidi menduduki tempat kedua dengan 78 pukulan.

    Kolonel Azizi melengkapkan tempat tiga teratas dalam kategori Lelaki Gross dengan 79 pukulan.

    Sementara itu, bintang Brunei yang semakin meningkat, Irwan Hamid merangkul kejuaraan dalam kategori Lelaki Nett dengan 69 pukulan, diikuti oleh Adam Farhan sebagai naib juara dengan 71 pukulan dan Amin Kanra Undug di tempat ketiga dengan jumlah pukulan yang sama dalam countback.

    Lanie Verar memenangi gelaran Wanita Nett dengan membuat 72 pukulan.

    Perwakilan dan ahli dari rantau BIMP-EAGA berserta peminat golf berkumpul dalam acara tersebut bagi mempromosikan persahabatan dan peluang rangkaian.

    Kejohanan golf persahabatan itu mempamerkan kemahiran dan semangat kesukanan para peserta yang dibina atas semangat persahabatan dan kerjasama.

    Pengiran Mohammad Amirrizal semasa menyampaikan trofi kepada Awang Seruji di Kelab Golf Pantai Mentiri, kelmarin. – Gambar oleh Fadhil Yunus
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda