Tuesday, April 8, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan hambar derby City, United sekadar seri

    MANCHESTER, 7 APRIL – Harapan Manchester City untuk layak ke Liga Juara-Juara masih kabur selepas perlawanan derby yang suram di Manchester United berakhir 0-0 kelmarin.

    United yang tampil lebih lebih baik tetapi kurang mendapat peluang menjadikan keputusan satu mata United naik ke-13 sementara City masih di tangga kelima dalam liga, yang sepatutnya cukup untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

    Bagaimanapun, anak buah Pep Guardiola hanya dua mata di atas Newcastle, dengan kelebihan dua perlawanan di tangan City.

    Tidak pernah terjadi dalam era Liga Perdana yang mana City atau United tiada di tangga empat teratas liga dan rekod menunjukkan ancaman dalam beberapa perlawanan akan datang.

    Perlawanan kelmarin yang tiada kualiti, intensiti atau persaingan sengit merumuskan musim yang hambar bagi kedua-dua belah pasukan Manchester berkenaan.

    Selepas rekod empat kejuaraan liga berturut-turut, prestasi City telah jatuh teruk yang menyebabkan mereka berisiko tiada dalam empat teratas buat kali pertama sejak 2009/10.

    Satu-satunya peluang United untuk layak ke Liga Juara-Juara adalah dengan memenangi Liga Europa kerana mereka bersedia untuk menamatkan Liga Perdana terburuk mereka.

    The Red Devils telah menunjukkan peningkatan minggu ini tetapi gagal juga menjaringkan gol dalam kekalahan 1-0 mereka di Nottingham Forest pada hari Selasa lalu menyerlahkan masalah mereka di hadapan gol.

    Kevin De Bruyne bermula hanya beberapa hari selepas mengumumkan akan meninggalkan City dan prestasinya adalah contoh terbaharu bahawa dia bakal jadi bayangan yang akan dikenang sebagai salah seorang pemain hebat sepanjang zaman Liga Perdana.

    City mempunyai majoriti penguasaan bola, tetapi United adalah pasukan yang lebih berbahaya dalam serangan balas dalam separuh masa pertama.

    Alejandro Garnacho, Patrick Dorgu dan Manuel Ugarte semuanya gagal memanfaatkan peluang sebaik mungkin untuk membuat jaringan di dalam kotak penalti City.

    Phil Foden juga turut mempunyai peluang tetapi tersasar dengan hanya Andre Onana untuk ditewaskan.

    Persembahan sedikit bertambah baik selepas rehat apabila percubaan kuat daripada Omar Marmoush dari sudut ditepis Onana.

    Pengenalan Joshua Zirkzee dan Mason Mount dari bangku simpanan menambahkan lagi daya serangan United pada 20 minit terakhir namun masih gagal mencipta jaringan.

    Di sebalik senyuman Guardiola dan Ruben Amorim semasa bertemu selepas perlawanan, kedua-dua jurulatih sebenarnya nampak tidak gembira dengan keadaan pasukan dalam kempen yang mengecewakan. – AFP

    Aksi Phil Foden semasa menentang Manchester United di Manchester, England kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda