Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan kelayakan UCL diumumkan

    NYON, SWITZERLAND, 31 OGOS – Juara Eropah dua kali, Benfica akan bermain menentang pasukan Greece, PAOK dalam undian hari ini bagi kelayakan pusingan ketiga Liga Juara-Juara.

    Stadium of Light, Benfica di Lisbon telah menjadi tuan rumah bagi perlawanan final minggu lalu tetapi masih belum beraksi dalam edisi musim ini. UEFA mengarahkan pusingan kelayakan agar diadakan perlawanan kalah mati satu pusingan kerana jadual padat akibat musim yang tertunda oleh koronavirus. Dalam perlawanan lain pada 15 September, Dynamo Kyiv akan menjadi tuan rumah kepada AZ Alkmaar dan Red Star Belgrade telah diundi menentang pasukan dari Cyprus, Omonia. Red Star memburu untuk mara ke pusingan kumpulan menerusi kesemua pusingan kelayakan bagi tiga musim berturut-turut.

    Juara Hungary, Ferencvaros akan menerima kunjungan Dynamo Zagreb. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda