Perlawanan kelayakan UEL ditangguhkan kerana COVID-19

GENEVA, 21 OGOS – Seorang pemain telah diuji positif dijangkiti COVID-19 telah memaksa perlawanan kelayakan Liga Europa (UEL) ditangguhkan kelmarin – insiden keempat dalam awal pusingan kelayakan bagi kejohanan kelab UEFA.

Keempat-empat perlawanan yang terjejas melibatkan ujian positif dalam pasukan pelawat – tiga buah pasukan dari Kosovo – yang mana kes tersebut telah diatasi oleh pihak berkuasa tempatan di Switzerland, Gibraltar, Kepulauan Faroe dan San Marino. Satu perlawanan minggu lalu, juara liga Kosovo, Drita telah menarik diri.

Kelab San Marino, Tre Penne berkata seorang pemain dari pasukan pelawat, Gjilani dari Kosovo, telah disahkan positif menjelang perlawanan kelmarin.

“Pemain tersebut kini telah menjalani pengasingan diri di hotel tempat pasukannya menghinap,” menurut Tre Penne dalam kenyataan, kemudian menambah bahawa UEFA telah memindahkan perlawanan pada hari ini.

Badan bola sepak Eropah, UEFA tidak segera mengesahkan rancangan perlawanan tersebut.

Menurut peraturan baharu UEFA semasa pandemik, Gjilani terpaksa meneruskan perlawanan sebelum tarikh tutup pada Sabtu atau menarik diri dengan kekalahan 3-0.

Kesemua pasukan dari Kosovo – Drita, Prishtina dan Gjilani – memasuki Liga Juara-Juara atau Liga Eropah musim ini telah kehilangan permainan atau ditunda hanya dalam masa 10 hari.

Pasukan keempat, Slovan Brastislava dari Slovakia, dilarang bermain pada Rabu di Kepulauan Faroe.

Slovan telah menerbangkan pemain gantian ke kepulauan tersebut untuk memenuhi perlawanan pusingan kelayakan pertama Liga Juara-Juara hari ini menentang KI Klaksvik. – AP