Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan Malaysia, Syria ditangguhkan

    KUALA LUMPUR, 5 Jan – Perlawanan persahabatan antara skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan dengan Syria B-23 yang dijadual berlangsung di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing, China pada 4 petang ini, terpaksa ditangguhkan ke keesokan hari.

    Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan, berkata perkara itu disebabkan keadaan permukaan padang yang dilitupi salji tebal dan berbahaya kepada pemain.

    “Selain itu, pasukan Syria B-23 yang kini berada di Kunshan juga tidak dapat melakukan perjalanan ke Nanjing kerana jalan ditutup,” kata kenyataan itu.

    Sehubungan itu, Persatuan Bola Sepak China (CFA) sedang mencari alternatif lain agar perlawanan ini tetap dapat diteruskan. Bagaimanapun ia tertakluk kepada keadaan cuaca dan faktor keselamatan yang lain.

    Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan sekiranya perlawanan berkenaan masih tidak dapat diteruskan, skuad B-23 kebangsaan akan terus memulakan aksi sulung Kumpulan C Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Changshu bertemu Iraq pada 10 Jan ini.

    “Sudah tentu jika perlawanan ini masih tidak dapat dilangsungkan esok, ia sesuatu yang mengecewakan buat pasukan Malaysia dan Syria yang mahu menguji kekuatan pasukan masing-masing menjelang kejohanan berkenaan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda