Perlawanan penting El-Clasico

MADRID, 17 DIS – Zinedine Zidane dan Ernesto Valverde berdepan dengan ketakutan status pekerjaan mereka jika salah seorang daripada mereka mengalami kekalahan bagi perlawanan El-Clasico pada bulan Oktober lalu namun perlawanan tersebut ditunda akibat beberapa hal yang tidak dapat dijangkakan telah berlaku, perlawanan dua pasukan gergasi Sepanyol ini akan berlangsung pada Rabu ini.

Bertahan pada musim luruh, Real Madrid dan Barcelona telah bersiap sedia untuk pertemuan ini, kemenangan antara dua pasukan bagi perlawanan di Camp Nou ini akan berada di atas liga dengan meninggalkan tujuh mata pada pasukan yang berada di tangga ketiga.

Bagi Real Madrid, Jose Mourinho yang dipecat dan pandangan orang ramai yang kerap keluar di siaran media menjengkelkan pengurus Real Madrid, Zidane.

“Bola sepak semakin lupa apa yang pernah kamu lakukan dahulu,” kata Zidane pada Oktober lalu.

“Saya akan jujur kepada kamu apa yang telah mereka lakukan itu sangat mengganggu saya, namun saya tidak boleh menghalang mereka untuk memberikan pendapat.”

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane (tengah) memerhatikan pemainnya semasa sesi latihan di Pusat Latihan Sukan Real Madrid di Madrid pada 17 Disember. – AFP

Bagi Barcelona, Ronald Koeman telah melihat ke hadapan setelah persekutuan Belanda mengesahkan klausa dalam kontraknya yang membolehkannya untuk menyertai Barca selepas perlawanan piala Eropah musim panas akan datang.

Tetapi jika khabar angin tersebut benar, perlawanan tersebut akan menjadi kebimbangan yang besar.

Kegusaran Barcelona hanya sementara sahaja. Mereka memenangi dua daripada lima permainan pembukaan.

Walaupun pencapaian mereka bertambah baik namun bentuk permainan yang lembap dan kelemahan yang belum lagi dapat ditangani sebelumnya, akan menentukan nasib mereka pada hujung musim ini.

Dalam erti kata lain, Valverde masih membawa kekecewaan sebelumnya, dan disalahkan kerana mempunyai barisan pertahanan yang lemah, kekurangan dalam gaya bentuk permainan serta kegagalan untuk mendapatkan permainan terbaik daripada Antoine Griezmann. – AFP